Sunday, May 22, 2005

Kenapa jadi ‘ikang’? [Siri 2]

Tulisan ini Siri II daripada beberapa tulisan tentang topik sebutan loghat Terengganu. Ia tidak disediakan dengan sistematik, dan mungkin akan bertindih dengan beberapa siri berikutnya. Siri I dan Siri III di sini Harap maklum: Fathi Aris Omar

Dua kata yang sering menjadi sindiran atau bahan jenaka di kalangan penduduk di luar Terengganu kepada warga Terengganu (khususnya kalau kami merantau), makang dan ikang. Ia disusun menjadi satu ayat untuk menggambarkan kata (rasmi) ‘makan ikan’.

Umumnya dua kata ini digunakan sebagai simbol kemesraan, kedekatan dan keakraban dalam perkenalan dengan orang Terengganu – yang selalunya akan tersipu-sipu, marah-marah atau senyum sahaja.

Begitu banyaknya kata yang ditambah ‘—ng’ di belakangnya, menyebabkan ada orang (di luar Terengganu) berfikir semua kata di negeri ini begitu sifatnya. Dan, lucu lagi, mereka tidak tahu kenapa bentuk pertuturan orang Terengganu boleh jadi begitu.

Tidak semua kata perlu ditambah ‘—ng’ di belakangnya. Orang Terengganu juga mempunyai ‘tata bahasa’ yang tersendiri. Kata-kata bahasa Melayu rasmi yang berakhir dengan huruf ‘—n’ atau ‘—m’ sahaja akan dibunyikan dengan tambahan sebutan ‘—ng’. Misalnya, kata ‘makan’ dan ‘ikan’ yang dinyatakan di atas.

Menurut hukum ini, kata-kata ‘malam’ akan disebut ‘malang’, ‘kelam’ disebut ‘kelang’, ‘Siam’ (Thailand) menjadi ‘Siang’, ‘pinggan’ menjadi ‘pinggang’, ‘pimpin’ = pimping, dan ‘hujan’ = ‘hujang’.

Sebabnya? Dalam tulisan-tulisan yang lain nanti akan dijelaskan.

Sementara beberapa kata lain disebutkan dengan cara yang lain. Semua kata Melayu rasmi yang berakhir dengan ‘—s’ akan disebut oleh orang Terengganu dengan kata yang berakhir (berbunyi) ‘—h’. Misalnya, ‘kertas’ akan menjadi ‘kertah’, ‘tebas’ = tebah, ‘malas’ = ‘malah’, dan ‘bilas’ = ‘bilah’.

Tidakkah perubahan-perubahan bunyi sebutan ini akan menyulitkan kefahaman penutur-penutur loghat ini? Tidak, sebab sistem yang mereka cipta itu menjadikan ada perbezaannya. Misalkan kata-kata di bawah:

(a) ‘malam’ akan disebut ‘malang’. Kenapa tidak mengelirukan? Sebab kata ‘malang’ tidak ada dalam maksud pertuturan sehari-hari di Terengganu. ‘Malang’ hanya sebuah kata di kamus atau untuk tujuan rasmi. Begitu juga kata-kata ‘malas’ = ‘malah’.

(b) Bagaimana pula mereka membezakan kata-kata ini ‘bilas’ = ‘bilah’. Kata ‘bilah’ di Terengganu disebut ‘biloh’, jadi sebilah pisau akan disebut ‘sebiloh pisa’ [perhatikan: kata ‘pisau’ disebut tanpa membunyikan huruf ‘u’]. Sama seperti bilah, kata-kata tambah = tamboh, sembah = semboh, telah = teloh, sudah = sudoh, dan 'simbah' disebut 'simboh'.

Sementara kata-kata Melayu rasmi yang berakhir dengan huruf (bunyi) ‘—t’ atau ‘—b’ akan menjadi (sebutannya) ‘—k’, misalnya: lebat = lebak, sebut = sebuk, liat = liak, silat = silak, atau, liut = liuk. Begitu kata-kata 'nasib' menjadi 'nasik', jilbab = jilbak, bab (buku) = bak, dan 'sebab' = 'sebak'.

Tetapi semua kata yang berakhir dengan huruf (bunyi) ‘—k’ akan dikekalkan sebutannya. Cuma, sebutan katanya mengalami pendalaman, ‘selak’ (kain, atau buku) = selok, biak = biok, tolak = tolok, dan, tembak = tembok. Tetapi kata-kata ‘carik’, ‘serik’ dan ‘baik’ dikekalkan sebutannya seperti bahasa Melayu rasmi. Kenapa?

Perhatikan: kata-kata yang berubah itu semuanya berakhir dengan ‘—ak’ tetapi yang berakhir dengan ‘—ik’ atau ‘—uk’ dikekalkan.

Sementara ada beberapa kata yang pasti membingungkan orang bukan Terengganu apabila disebut oleh orang Terengganu kerana boleh membawa dua maksud berbeza. Orang Terengganu bermaksud lain, sementara penutur bahasa Melayu (rasmi) memahaminya berbeza. Misalnya, empat kata di bawah:

sekarang (bahasa Melayu rasmi) <--- selalu (loghat Terengganu)
selalu (bahasa Melayu rasmi) <--- sokmo (loghat Terengganu)
ketawa (bahasa Melayu rasmi) <--- suka (loghat Terengganu)
suka (bahasa Melayu rasmi) <--- berahi (loghat Terengganu)

HURAIAN empat kata di atas: Jika orang Terengganu (dalam loghatnya) sebut 'selalu', dia bermaksud 'sekarang' (dalam bahasa rasmi). 'Selalu' (makna bahasa rasmi) tidak dipakai di Terengganu kerana kata yang sepadan dengannya ialah 'sokmo'. Begitu juga kata-kata 'suka', di Terengganu, kami bermaksud 'ketawa', sementara kata 'suka' (bahasa Melayu rasmi) dipakai kata 'berahi' dan kata ini tidak pula membawa konotasi yang 'ganjil' atau 'memalukan'.

NOTA: Tidak semua orang Terengganu bertutur dengan cara di atas. Bahagian utara negeri ini, iaitu di daerah-daerah Besut dan Setiu, tidak memakai loghat ini. Mereka cenderung menggunakan loghat Kelantan kerana hubungan kerabat dan sejarah budaya dengan negeri di utara Terengganu itu.

Loghat Terengganu yang dibincangkan di atas ini dituturkan mulai dari mukim Batu Rakit (di tepi pantai utara daerah Kuala Terengganu) hingga ke daerah Kemaman (bersempadan dengan Cherating, Pahang). Malah, pengaruhnya melangkau negeri Terengganu seperti beberapa tempat di Kuantan, Pekan (kedua-duanya di Pahang) dan juga Mersing (sempadan Johor-Pahang) dan Pulau Tioman (wilayah Pahang tetapi lebih mudah ke sana dari Johor).

Penuturan di luar negeri ini dipercayai berkembang melalui perpindahan orang Terengganu di sepanjang kota-kota kecil itu, saya kira, untuk pekerjaan menangkap ikan, atau kelaut (istilah Terengganu) dan mencari penempatan baru.

20 comments:

  1. Anonymous2:46 AM

    Hi to every one, since I am in fact keen of reading this webpageís post to be updated daily.
    It consists of good information.

    Here is my webpage; komuniti.teminfm.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:50 AM

    Excellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
    Very helpful info particularly the last part :) I care for such info much.
    I was seeking this particular information for a long time.
    Thank you and good luck.

    Here is my web-site: please click the following webpage

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:51 PM

    A lot of us who are under constant pressure tend to eat too much and do not take good
    care of their bodies. Men can follow these health and fitness tips to lose weight and get healthy and fit.
    The decisive factor is that men would want to show themselves as hot and
    rock solid before the fashionable ladies as
    ever.

    Here is my blog post ... women fitness tips abs

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:47 AM

    One can find plenty of funny pictures and videos by a single click
    on any search engine like Yahoo or Google.
    But my favorite is the link that tells you about bad dates stories,
    of course they are the funniest. Make your Myspace profile look cool and leave your friends Funny Myspace
    Comments and Glitter Graphics.

    My homepage: http://www.hobbynparty.com/blog/211/laughter-is-most-effective-medicine-amusing-films-can-support-restore-laugh

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:49 AM

    So, while I am no roving reporter I am endeavoring with my menial reporting skills, to bring you.
    Researches have also found the Broccoli also contains necessary enzymes such as myrosinase in it.
    If a person is connected with the latest headlines,
    it will develop an awareness in him with regards to the world which surrounds him.


    Feel free to surf to my blog post; Latest Daily News

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:48 PM

    Instead of eating to make yourself feel better find other methods to cope.
    So if you adopt them punctually, you will be surely able to gain your holistic health very
    soon. To keep one motivated it is important to alternate the activities
    after one to two weeks.

    my page: Ainifinity.Com

    ReplyDelete
  7. Hello semua,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama......
    Nama tengah.....
    2) Jenis Kelamin: .........
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
    4) Tempoh Pinjaman: .........
    5) Negara: .........
    6) Alamat Rumah: .........
    7) Nombor Telefon: .........
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: .....................
    10) Pekerjaan: ...........................
    11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    Derek Email osmanloanserves@gmail.com


    ReplyDelete
  8. This article is interesting and useful. And let me share an article about health which insha Allah will be very useful if we use it again for others.

    ReplyDelete

  9. This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

    Cara Menyembuhkan Nyeri Punggung
    Pengobatan Alami untuk Tipes
    Cara Mengobati Kuku Cantengan
    Solusi atasi sakit kepala Vertigo
    Cara Menyembuhkan Sakit Maag Kronis
    Cara Mengobati Epilepsi

    ReplyDelete

  10. This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

    Cara Mengobati Sinusitis
    Penyebab Mual dan BAB Berdarah
    Cara Mengobati Usus Buntu
    Cara Mengobati Gondok Beracun
    Cara Mengobati Gabagen
    Cara Menghilangkan Varises

    ReplyDelete
  11. = Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum . Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
    Tel .... (+ 44) 7480 729811
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete