Friday, May 20, 2005

Mung nok 'gi dok?* [Siri 1]

Lihat juga siri II dan siri III yang mengupas persoalan ini di atas: Fathi Aris Omar

Nok 'gi dok?, ertinya nok (nak, hendak) + 'gi (pergi) + dok (tidak) = hendak pergi [atau] tidak?

Dalam struktur ayat pertuturan loghat Terengganu, ada beberapa kata 'tenggelam' di sebalik intonasinya (nada, naik turun suara).

Seperti contoh di atas, kata 'atau' tidak kedengaran tetapi dapat difahami oleh pendengar loghat ini.

Rupuk makkan kammbbing!, ertinya rupuk (rumput) + makkan (dimakan) + kammbbing (kambing) = rumput [di]makan [oleh] kambing

Perhatikan sebutan 'kambing' diberikan penekanan suara (naik turun), sama juga kata 'makan' sebagai menggantikan kata-kata yang dighaibkan (dibandingkan dengan struktur ayat rasmi bahasa Melayu)

Kenapa tercipta struktur ayat pertuturan seumpama ini di Terengganu tentu menarik perhatian pengkaji. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi bentuk ayat ini? Berapakah stail pertuturan yang ada di negeri ini?

Saya tidak pasti sama ada sudah ada kajian khusus tentang hal ini -- mungkin jawapannya ada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau universiti-universiti tempatan.

* Jawapan kepada soalan ini, mung nok 'gi dok?, sama ada nok (hendak, mahu) atau tak mboh (tidak hendak, tidak mahu). Namun, kata mboh tidak pernah berdiri sendiri.

Ia selalu berangkai dengan kata awalnya, tak, menjadi tak mboh. Jadi, mboh tidak boleh disamakan dengan mahu (secara berasingan).

Begitu juga kata 'tidak' yang disebut tak di sini (jawaban), sedangkan dalam format soalan kata 'tidak' disebut dok. Mung ertinya 'mu' atau 'kamu'.

4 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

wah...fathi, udah ada blog sendiri yea. lepas ni ramai le datang mengacau nya.

guana, betul dok?

Aqil Fithri

1:56 PM  
Blogger fathi aris omar said...

Harap2 jangan 'kacau' lah. Aku nak cerita pasal Terengganu kat blog. Pasal kebudayaan, cara hidup, bahasa dan hal-hal remeh temeh negeri ini, malaslah nak tulis politik, ideologi, gagasan2 besar, kritik-kritik. Letihlah :)

2:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

semoga terus mendapat sambutan akan usaha anda ini...

11:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

erm,rindunye nok dengo org ckp tenganu...bagus2 usehe anda ni..nok tanye se agi soalan,org tenganu asal2 dari mane?..siam ke..bugis ke...nok tau...

7:18 AM  

Post a Comment

<< Home