Loghat Terengganu dipengaruhi Jawa
Catatan ini elok dibaca bersama artikel berikut, 'Duku Terengganu asal Jawa?'
Akhirnya bukan kerana rindu. Memang sudah ada orang Terengganu yang menyedari, bahawa, terdapat kata-kata dalam pertuturan negeri ini dipengaruhi, atau mempunyai persamaan, dengan perkataan Jawa. Lihat tulisan ini, sekali lagi, dari blog 'Di bawah rang ikan kering' miliknya Pokku atau Ayohku Bustamann. Saya curi, sekali lagi, sedikit di sini:
Mek Yam and UZ raised an interesting point. They pointed out that some Terengganu words are similar to Javanese words. Words like arong, jerang andjarang.
Beliau juga memohon kepada pembaca atau sesiapa yang mengetahui adanya persamaan kata antara Terengganu dengan Jawa agar menghubunginya: I would appreciate any more Terengganu words that could have Javanese roots. Conversely, send me a list of Javanese words (with their meanings) and I will pick those that are used in Terengganu.
Tetapi persoalan selanjutnya, sebagai analisa, apakah kata-kata Jawa di Terengganu ini diambil dari pulau Jawa (sama ada interaksi perdagangan, politik, budaya atau agama), atau diambil dari orang-orang Jawa di Semenanjung, misalnya dari pantai barat Johor (kecuali Negeri Sembilan) hingga Tanjung Karang, Selangor? Perlu juga diingat pergerakan orang Jawa ke Semenanjung sudah memakan masa ratusan tahun.
Jika kita menggunakan data-data sejarah tentang pengajian Islam di dua negeri ini, antara Terengganu dengan Jawa (timur), kemungkinan besar kemasukan kata itu kuat kesannya. Seseorang Terengganu yang belajar di Jawa, kemudiannya pulang ke Terengganu, tentu bukan sahaja menguasai Arab tetapi juga bahasa Jawa.
Sifat istimewa orang Jawa (di sepanjang sejarahnya) ialah daya serap dan ubah suai (adaptability) yang tinggi sehingga nilai dan pemikiran asing (Hindu, Islam atau Belanda) mengalami asimilasi yang secukupnya. Budaya Jawa yang mantap itu berjaya memproses keasingan sesuatu nilai luar -- sebab itu, lahirlah aliran-aliran kejawen (kebatinan), 'Islam abangan' dan 'Islam kultural' (cultural Islam) yang dikaitkan dengan Jawa Timur, misalnya pertubuhan sosial (dulu, pernah menjadi parti politik) Nahdlatul Ulama (NU) sekarang. Daerah timur pulau ini memang kaya dengan pesantren-pesantren yang mengajarkan kita-kitab kuning, selain kitab-kitab Arab (termasuk beberapa dari beberapa aliran pemikiran).
Tafsir Islam Jawa yang telah diasimilasi dalam bahasa dan budaya mereka itulah -- pada 'teori' saya -- yang dipindahkan ooleh penuntut-penuntut agama dari Terengganu. Apabila mereka pulang, memang telah menjadi tradisi, guru-guru agama ini akan mengajar (kata orang Terengganu, tradisi naddah kitab) kepada orang ramai, khususnya masyarakat setempat. Kemungkinan besar terserapnya pengaruh kata Jawa ke dalam sistem loghat Terengganu melalui interaksi sosio-budaya seumpama ini.
Kedua, selain pengajian agama, kemungkinan melalui perdagangan kerana pergerakan pengajian Islam ini sering juga berselari dengan kegiatan perniagaan.
Jika bahasa Jawa masuk melalui kelas atasan atau kelas pemerintahan, misalnya muzik gamelan di istana, sulit untuk membayangkan penyebaran meluas bahasa kerana sifat masyarakat Melayu, termasuk di Terengganu, yang berlapis-lapis. Seperti sistem kelas dalam masyarakat Jawa, masyarakat kelas atas Terengganu juga ada adat (etiket) dan 'bahasa halus' mereka yang berbeza dengan 'bahasa kasar' orang ramai.
Nota: Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Sawah Sempadan di Selangor ini sering mengundang 'sentimentaliti' yang pelik di dalam diri saya ... (hehehe)

7 Comments:
fathi,
mu penoh dengor tok pasal kota tamir kat tersat. member aku ade bhn pasal benda nie. ini pusat pemerintahan kerajaan islam trg masa jaman dulukala. kalu aku dpt bahan tu, aku wi ke mu. bolehlah mu nulis lah nanti.
satu gi, tak nok crita pasal seberang takir ke? aku rasa sejarahnya menaraik gak. hehehe...
salaam!
Nok, memang nok! Molek lah tu, bowok lah bahang2 ru semme, kalu ade mase pree, aku nullih lah... bawak sinning ke? ke Jakarta? (kenapa orang Trg tak sebuk Jakart'e'? Fikir2-kan, cuba fikirkan hehehe
Iran adalah salah satu negara terkaya di dunia dilihat dari tambang minyak.
Tapi sejak para mollah memerintah di negara ini dengan sistim agama yang mencampuri setiap segi kehidupan orang Iran, maka sekarang negara persia ini mengalami krisis besar. Kehidudapan di Iran saat ini sangat susah. Jauh lebih susah dari pada kehidupan waktu di Rusia komunis (USSR). Anak-anak muda sekarang berontak. Jangan-jangan negara ini menjadi seperti Afganistan.
Gara-gara agama, suatu negara yang bagamimanapun kayanya bisa menjadi hancur.
Sayang sekali!
Bahasa Terengganu
Gendong
Kendi ( Kendil )
Bese ( Beser )
Celeng (piggy bank/tabung syiling) adalah salah satunya. Bahkan dikatakan asalnya daripada Jawa. Perkataan celeng juga diguna oleh orang Terengganu bagi merujuk kepada tabung syiling.
Tak ada hubungan jawa terengannu.terengannu itu melayu jawa itu di pulau jawa akar budaya jawa.jangan sesatkan budaya melayu kami terengganu
ténong) Jw sj bakul yg bundar bentuk- nya dan bertutup tempat menyimpan makan-an. (Kamus Dewan Edisi Keempat
Definisi : (ténong) Tr sj mangkuk tingkat utk mengisi makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Post a Comment
<< Home