Sunday, May 29, 2005

Beronok sagu, sedapnya!

Dulu, sewaktu Wan Mokhtar Wan Ahmad masih sebagai menteri besar (sebelum ditewaskan pada 1999), Terengganu pernah menganjurkan acara promosi pelancongan dengan tema yang saya suka sekali, 'negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik'.

Tetapi perlahan-lahan slogan ini hanya menjadi dua patah 'negeri cantik, budaya menarik' tetapi patah seterusnya 'orangnya baik' hilang entah ke mana.

Apakah orang Terengganu sendiri enggan mengiktiraf kebaikan warganya sendiri? Atau, memang sukar memakai slogan yang muluk-muluk dan terlalu subjektif 'orangnya baik'? Atau, kita tidak mempunyai komitmen untuk membaikkan warga -- atau, warga yang baik bukan sejenis produk pelancongan, tidak seperti 'negeri cantik, budaya menarik'?

Alamak! Berbau politik pula soalan-soalan ini. OK, kita tinggalkan soalan itu di sini.

Sesiapa yang ingin berkenalan dengan Terengganu, bolehlah melawat halaman web ini 'Koleksi Terengganu' yang disediakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).

Nota: Perhatikan foto kecil di bawah, penjuru kiri. Foto ini sebuah bangunan yang berada di tengah bandar Kuala Terengganu yang menempatkan perpustakaan awam yang lama. Perpustakaan inilah tempat yang setia menerima peminat buku seperti saya, sejak 1980, termasuk meminjam novel Sekuntum Duri yang kemudian menimbulkan 'misteri dalam memori' saya selama lebih 20 tahun!

Perpustakaan yang baru terletak di padang Hiliran, ke arah jambatan Sultan Mahmud (jalan menuju Besut atau Kota Bharu). Foto bangunan baru yang besar itu (belum pernah saya lawati) boleh dilihat di muka depan laman web PPAT.

Tetapi ketika berkubu di Utan Kayu, Jakarta saat ini, saya tidak tertarik pada koleksi buku-buku perpustakaan ini. Di bilik saya sahaja bertimbun-timbun buku yang menanti dihadamkan, sementara beberapa minggu ke depan ini saya bercadang membeli lagi!

Saat ini, saya lebih tertarik (dan, berangan-angan) pada jenis-jenis makanan Terengganu yang menggembirakan seperti di laman 'Koleksi Terengganu', misalnya 'beronok sagu' dan 'nasi dagang'. Hmmm...

Nota: Kepada kakitangan perpustakaan Terengganu, terima kasih banyak atas khidmat anda selama ini dan juga maaf ... ada sebuah buku immunology belum dipulangkan!

7 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

fathi,
pasal orgnya baik, mmg patut pun kena tarik balik pun. sbb ambo perati org trg bekeng2 orgnye. ce mu gi singgah kedai2 makang tepi jalang, mereka tok brapa layan org yg mari belinye. lagi se, mulut mereka catuum macang. naik angin ambonye. jadi, apa kebenda kalu nok jual muka masang gini? hehehe... jgn marah org tranungkite yea...

11:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya-lah Aqil, aduh, muke massang cattung ni, nok wat guane? 'Ni kih berak nih! Berak nannang! :)

'Ni kena berobak -- takdok sikak kastemer servih (baca: customer service) la'sung. Nok niage guane? Kene buang ke kate2 tu? Orang TranungKite baik2... faomar@yahoo.com

4:47 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

ooo la fathi. kena buanglah kate2 tu. ngepeng je lebih kate org tranung baik, tapi sebenornya tok gitu. pada ambo, org kelatang lebih baik. bakpo, sbbnye bila kite gi rumah org kelantang dia ajok singgoh derumah, jamu sedap2 - makang nasik kabu + daging bakar, wow! tapi org trg nie kupit, kite lalu depang rumah diapun wak dokno aje. ajok singgoh dok! nyesal ambo jadi org tranung!

6:43 PM  
Anonymous Anonymous said...

aduh, ... pedih sangak bu'nyi-nye tu ... ;) Tokkang orang T'ganu gittu belake? faomar@yahoocom

8:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

hmmm beronok sagu tu apa? makanan? kuih? minuman? if its something sleazy.. i dont want to know

5:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ya Ventti, you 'ni malas betul nak check link yang I dah sediakan tu. Here is the 'beronok sagu' ...

BERONOK SAGU
Bahan-Bahannya:

1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/4 biji kelapa
sedikit garam dan pewarna merah

Cara membuatnya:

Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Kelapa dibuang kulit dan airnya, kemudian diparut dan gaulkan dengan sedikit garam.

Masakkan gula dengan air hingga hancur dan mendidih setelah itu masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. Bila sagu kembang angkat dan sejutkan.

Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

11:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

ohhh kalau kuih tu tahulah.. bab masak ini saya kureng sikit. Pandai makan aje...

2:39 AM  

Post a Comment

<< Home