Gelember, gelebek & gelenyai
Tiga kata ini -- gelembe (r), gelebek, dan gelenya (i)-- dieja mengikut sebutan loghat Terengganu.
Huruf dalam tanda kurungan (bracket) itu menunjukkan kemungkinan boleh dieja secara rasmi seperti itu (seperti tajuk catatan ini).
Anda pernah melihat ayam Belanda (atau, ayam Turki, kata istilah Inggeris-nya) yang suka buat bising dan ada waktu-waktunya suka mengejar orang?
Jika pernah melihat ayam ini, perhatikan bentuk warna merah di bawah paruhnya (di bahagian leher) yang tergantung-gantung.
Sifat 'tergantung-gantung' itulah yang disebut ge-lem-be dalam loghat Terengganu. Jadi gelember ini sejenis kata sifat (adjective).
Tetapi kalau sesuatu yang tergantung-gantung itu dengan sengaja disebut no'neng (bergayut di dahan pokok, misalnya).
Kata gelebek ini ada juga tambahan gandanya, disebut gelebek nyeng.
Kata nyeng di sini tidak ada makna, sekadar penekanan kata (emphasis). Tetapi nyeng juga digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang rosak atau punah.
Kata-kata nyek dan 'nja (kata dasarnya, tunja atau tunjal) ada maknanya iaitu masing-masing 'pijak' dan 'menghentak dengan tapak kaki'.
Gelebek digunakan untuk menggambarkan sisi-sisi benda yang tidak kemas, tidak sempurna atau sudah rosak.
Rasa-rasa gatal di badan juga disebut 'gata gelebek', khasnya apabila kegatalan itu (selepas digaru) mengakibatkan timbulnya kesan bintat-bintat di kulit (bahagian yang digaru).
Kelebek, walau bunyi berdekatan dengan gelebek, maksudnya berbeza. Kelebek ertinya menyelak-nyelak sesuatu dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
Gelenyai selalunya khusus untuk orang muda, lebih khusus lagi untuk gadis. Kata sepadan dengannya dalam bahasa Melayu rasmi 'miang', 'gatal' atau 'mengada-ngada' (untuk memikat perhatian lelaki).
Selain itu, gelenyai juga digunakan untuk menjelaskan rasa gatal.
NOTA: 17 Jun 1968 saya dilahirkan. Tetapi semalam, saya hanya tidur sahaja (selepas tengah hari ... hehehe)

10 Comments:
selamat hari lahir. moga panjang umur dan diberi kekuatan untuk terus 'meneroka'.
p/s: ada kwn2 birthday sendiri pun tak ingat.
Hehehe Terima kasih Ammar. Sehari selepas itu, 18 Jun, aku dapat "treat" dari dua fellow API, surprise dinner. Fuh ... di "kafe termahal" di Jakarta. Aku makan "burung dara" goreng. Jangan jeles .... hehehe faomar@yahoo.com
takkan itu aje...cewek tak bagi apa-apa ke? hehehe... dah kena jerat dah...
Nggak ada ceweknya. Gimana lagi? ;) faomar@yahoo.com
Happy Birthday, darling!!
LOL
Cheers
LOL Clarissa, if my sweetheart ever reads your funny message here, she might have been fainted ;) faomar@yahoo.com
Well, she can't be that naive, right?
RIGHT???
<:->
Hehehe ... don't worry-lah she's nice :) faomar@yahoo.com
Whatever the disease there must be a cure. Thank you for sharing the information :)
Produk Herbal Original
Sehat Dengan Herbal
Obat Kaki Bengkak
Pengobatan Herbal Batu Ginjal
Obat Ampuh Sembuhkan Penyakit
Obat Gagal Ginjal
Artikel 2005 sesuai digunakan tahun 2022...khas utk kes kak long kosmetik...tq utk ilmu baru..😘
Post a Comment
<< Home