Nokgidok & Fathi Aris Omar
Blog ini dibangunkan oleh pemiliknya, Fathi Aris Omar, seorang penulis politik, wartawan bebas dan aktivis pro-kebebasan bersuara. Seorang aktivis pelajar 1983-1991 dan mulai menulis di akhbar harian sejak 1992 (hingga sekarang).
Mempunyai kolum-kolum Tiada Noktah (setiap Isnin) di Malaysiakini.com dan juga Pub di UmmahOnline.com. Beliau baru-baru ini menulis buku Patah Balek: Catatan terpenting reformasi (Feb, 2005) dan sewaktu bertugas bersama akhbar web independen itu (dari akhir 1999 hingga penghujung 2001), beliau menerima geran 'kebebasan akhbar' dari Reporters sans Frontieres (RSF), Paris.
Nokgidok bertujuan merehatkan fikiran penulisnya, dan oleh itu, blog ini tidak berhasrat memasukkan (lagi!) isu-isu politik, idealisme, ideologi atau falsafah. Blog ini bertujuan santai, lebih menceritakan hal-ehwal negeri asal penulisnya Terengganu -- sejarah, kebudayaan, bahasa dan idea-idea 'sepele' (kata orang Indonesia) yang seumpamanya.
Penulis ini sering mengkritik banyak pihak, dan menganggap dirinya sebagai penggerak 'ruang awam' yang menganjurkan 'mazhab independen' dalam budaya politik Melayu-Islam.
Fathi Aris sekarang di Jakarta, Indonesia, menjalankan kajian budaya dan media berjudul Post-Soeharto Indonesian Public Sphere: A case study of 'Komunitas Utan Kayu' (sehingga September, 2005) di bawah biaya program zamalah Cendekiawan Awam Asia (Asian Public Intellectuals [API] Fellowship Programme) tajaan Nippon Foundation, Tokyo. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel faomar@yahoo.com